Saturday 24 March 2012

Fakulti Pendidikan : Hari Ikatan Mesra

Bertarikh 25 Mac 2012, Fakulti Pendidikan bakal mengadakan program Hari Ikatan Mesra bagi pelajar-pelajar semester 1 yang baru sahaja melangkah masuk ke UiTM Shah Alam. Program yang diadakan bertempat di padang besar INTEC Seksyen 17, bermula jam 8 pagi sehingga 5 petang. Kami Rakan Siswa difahamkan bahawa seramai lebih kurang 20 orang fasilitator akan dilantik bagi mengetuai kumpulan-kumpulan yang akan dibentuk bagi melicinkan program tersebut.

Program ini diadakan bermatlamat untuk menjalinkan ukhwah antara pelajar lama dan juga pelajar baru di samping menjalankan aktiviti sosial secara sihat bersama. Pelajar-pelajar Fakulti Pendidikan yang lain secara khususnya dijemput untuk sama-sama turun padang bagi memeriahkan acara yang bakal berlangsung. 

Persatuan Mahasiswa Fakulti Pendidikan (PMFP) bertanggungjawab dalam mengendalikan program HIM ini. Maka, sekiranya ada pertanyaan mahu pun permasalahan, boleh lah merujuk terus kepada mereka. Kami Rakan Siswa di sini mengharapkan pelajar-pelajar baru sudi memberikan kerjasama yang baik dalam menghadiri program ini berikutan kerana markah Kemahiran Insaniah akan diberikan. Selain itu, makanan dan minuman juga akan dibekalkan kepada mereka yang terlibat sepanjang program.

Haa, apa tunggu lagi? Jangan terlepas peluang mengenali kenalan yang baru ! :)

No comments:

Post a Comment