Sunday 25 March 2012

Appresiasi Batu Nisan?

Rakan Siswa dapat tahu tentang satu kumpulan mahasiswa yang menghantar memorandum ke Kementerian Pengajian Tinggi di Putrajaya kelmarin. Ada tiga tuntutan yang dibuat oleh kumpulan mahasiswa ni, iaitu;

1. Pilihanraya kampus diawalkan,
2. Kembalikan demokrasi kampus,
3. Bebaskan kampus daripada campur tangan politik luar.

Sebenarnya Rakan Siswa dapat tahu yang pilihanraya kampus dilewatkan supaya pelajar-pelajar dari kursus diploma dan ijazah sarjana muda sama-sama dapat menyertai Pilihanraya Kampus. Pelajar-pelajar Diploma sekarang kan baru nak bercuti. Betul jugak kan, kalau ikutkan, tak baik la pulak kalau hak mengundi pelajar diploma dinafikan kan? 

Rakan Siswa sangat-sangat bersetuju dengan cadangan yang ketiga, bebaskan kampus institusi pengajian tinggi dari campur tangan politik luar. Tapi yang menyedihkan, 


MOHD NAZREE MOHD YUNUS, 
KETUA MAJLIS PIMPINAN ANGKATAN MUDA KEADILAN (AMK) 
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS 

ditemui semasa pergerakan demonstrasi tersebut. 


Tak sedap la dengar kan.

Lebih lanjut tentang isu ni disini;


Anyway, memorandum ni katanya dipersetujui bersama oleh ;

1. Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia
2. Solidariti Mahasiswa Malaysia
3. Kumpulan Aksi Anak Muda
4. Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya
5. University Malaya Association of New Youth
6. Pro Mahasiswa seluruh IPT
7. Kumpulan Anak Muda Independent
8. DEMMA

Yang tu lagi tak sedap. Mahasiswa Islam bagi batu nisan sebagai simbol?



Mahasiswa Islam tak kurang ajar untuk bagi batu nisan kepada pemimpin masyarakat. Mahsiswa Islam bukanke sepatutnya mengutamakan musyawarah? Ini bukan suara majoriti mahasiswa. Kami tak akan bagi batu nisan untuk menyampaikan maksud, niat dan mesej kami. Kan? 

Ke tak?


No comments:

Post a Comment